14 September 2023, Gerik – Projek Pertanian Komuniti yang telah diusahakan Unit Pembangunan Pelajar KKGP bersama Pejabat Pertanian Daerah Hulu Perak. Projek ini juga adalah salah usaha KKGP untuk memberi nilai tambah ilmu kepada pelajar. Projek Penanaman Cili Menggunakan Kaedah Sistem Fertigasi ini adalah projek khas untuk pelajar Orang Asli yang sedang belajar di KKGP. Sebagai permulaan sebanyak 500 pokok Cili telah berjaya di tanam dan telah mengeluarkan hasilnya.
Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkini yang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidang pertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairan dalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternative kepada sistem penanaman konvensional.
Ts.Khairil Azhar bin Mohd Nor, Pengarah Kolej Komuniti Gerik telah menyatakan bahawa projek sedemikan akan memberi nilai tambah ilmu kepada peserta program. Kemahiran pertanian secara fertigasi ini boleh dibawa balik oleh pelajar asli untuk diusahawakan di kampong mereka setelah tamat tempoh pengajian. Program rintis ini adalah untuk menjadikan pelajar lepasan KKGP mempelbagaikan ilmu pengetahuan tidak hanya di bidang TVET sahaja dan selaras dengan Strategi 4P kerangka Ekonomi Madani iaitu Penyediaan bakat, Penyelidikan & Inovasi, Pemindahan ilmu dan Pengantarabangsaan seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Hasil jualan akan dikongsi bersama peserta projek terutama pelajar sebagai wang saku untuk perbelanjaan mereka, tambahnya lagi.