PELAJAR PUO RANGKUL ANUGERAH PELAJAR TERBAIK ‘TOP STUDENT AWARD FOR OUTSTANDING ACHIEVEMENT STUDENT’ MACRA

POLITEKNIK UNGKU OMAR
23 September 2024
Akademik

20 September 2024 ~ MALAYSIAN AIR-CONDITIONING AND REFRIGERATION ASSOCIATION – MACRA merupakan satu badan bukan kerajaan NGO yang dianggotai oleh pemain industri dan orang perseorangan dalam bidang penyamanan udara dan penyejukbekuan – HVAC di Malaysia.

Pada 20 September 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre telah berlangsung 3rd Air-Conditioning, Refrigeration & Ventilation Expo, Malaysia (MARVEX) 2024 yang menghimpunkan pemain industri, institusi pendidikan TVET dan juga orang perseorangan.

Pada majlis ini juga, MACRA turut memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang bagi institusi yang melahirkan tenaga mahir dan professional TVET dalam bidang penyamanan udara dan penyejukbekuan – HVAC dari aspek akademik dan juga ko-kurikulum.

Tahniah kepada NorFaeizi bin Nordin dari Diploma Kejuruteraan Mekanikal Penyamanan Udara & Penyejukbekuan, PUO kerana telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik untuk Top Student Award for Outstanding achievement Student daripada MACRA! 🎉

Dedikasi dan kerja keras anda benar-benar memberi inspirasi. Ucapan setinggi-tinggi tahniah juga kepada pensyarah dari PUO, Encik Didi Asmara bin Salim yang turut diiktiraf dengan Top Student Award for Outstanding Achievement Mentor.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti