Pelajar tahfiz kuasai TVET, teroka potensi usahawan ikan pekasam

KOLEJ KOMUNITI JERANTUT
22 October 2026
Utusan Malaysia

Inisiatif Kolej Komuniti Jerantut dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terus mendapat perhatian media menerusi liputan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Selain al-Quran, Pelajar Tahfiz Turut Kuasai TVET Usahawan Ikan Pekasam” pada 21 Oktober 2026.

Program ini memperlihatkan bagaimana kepakaran TVET dalam bidang akuakultur dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan pelajar tahfiz, bukan sahaja dalam bidang penternakan ikan tilapia menggunakan sistem bioflok, malah turut merangkumi kemahiran pemprosesan hasil perikanan melalui penghasilan ikan pekasam tilapia.

Daripada ternakan kepada produk bernilai tambah!

Melalui bimbingan pensyarah Unit Akuakultur Kolej Komuniti Jerantut, para pelajar Maahad Qiraat An Nur, Bukit Puas, Jerantut didedahkan kepada kemahiran pemprosesan ikan pekasam secara teori dan praktikal, merangkumi penyediaan bahan, proses pemeraman, kebersihan, keselamatan makanan, pembungkusan serta asas keusahawanan.

Inisiatif ini membuktikan bahawa TVET bukan sekadar memberikan kemahiran teknikal, malah membuka ruang kepada pembinaan jati diri, kreativiti, inovasi dan peluang menjana pendapatan.

Ilmu agama diperkukuh, kemahiran dipertingkat, masa depan diperkasa.

Kolej Komuniti Jerantut komited untuk terus berkongsi kepakaran, memperluas akses kepada latihan kemahiran dan membangunkan potensi komuniti melalui pendidikan TVET yang inklusif, praktikal dan berimpak tinggi.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kolaborasi antara institusi TVET dan komuniti dalam melahirkan generasi berilmu, berkemahiran serta berdaya saing.

Berita penuh:

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/10/selain-al-quran-pelajar-tahfiz-turut-kuasai-tvet-usahawan-ikan-pekasam/

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti