Pemimpin Perlu Menjadi Ikon Pelajar

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
16 February 2025
Akademik, Aktiviti Pelajar

Jitra – “Pemimpin perlu menjadi ikon pelajar dan bakal pemimpin perlu tunaikan dan jalankan amanah seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya”, Dr. Mhd Azmin Mat Seman, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra berkata demikian dalam ucapan beliau kepada bakal pemimpin pelajar selepas pengumuman  keputusan Pilihan Raya Kampus POLIMAS bagi tahun 2025  yang telah diadakan. Menurut beliau lagi, pemimpin pelajar perlulah menyokong sistem yang diamalkan di politeknik  dan janganlah memberikan masalah kepada sistem politeknik tetapi pemimpin pelajar seharusnya membantu meningkat imej politeknik dan menjaga kebajikan pelajar.

           Pilihan raya ini  telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 5 Februari 2025 yang lalu. Proses pengundian berlangsung di Dewan POLIMAS bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.  Pilihan raya ini  diadakan  bertujuan untuk memilih wakil untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar POLIMAS bagi tahun 2025. Seramai 54 orang  calon bertanding bagi menjadi wakil dalam Jawatankuasa  Perwakilan Pelajar POLIMAS. 54 orang  calon yang bertanding tersebut adalah wakil dari pelbagai jabatan di POLIMAS. Seramai 2364 orang pengundi yang layak telah mengundi dalam pilihan raya yang telah diadakan.

          Pada pilihan raya kali ini pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengunakan Sistem E-Pilihan raya bagi memudahkan pengundian dijalankan. Pilihan raya telah diadakan serentak di seluruh politeknik di Malaysia. Saiful Nizam Sa’ari, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar POLIMAS, berkata,

“Pilihan raya kampus yang diadakan ini merupakan Pilihan raya Kampus yang paling berjaya diadakan dengan peratusan keluar mengundi antara yang tinggi iaitu 90.61 peratus daripada jumlah pelajar yang layak mengundi 2609 orang. Ini menunjukkan kesedaran tentang tanggungjawab pelajar untuk mengundi semakin meningkat”. Menurut beliau lagi, pilihanraya ini didominasi dengan calon lelaki yang bertanding paling ramai iaitu 30 orang manakala calon perempuan hanya 24 orang sahaja untuk mengisi kekosongan 30 tempat Exco dalam  Jawatankuasa  Perwakilan Pelajar (JPP) dengan 3 lagi diisi secara lantikan  oleh pihak politeknik.

Keputusan Pilihan raya Kampus POLIMAS 2025 telah diketahui pada tepat jam 4.30 petang pada hari berkenaan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti