Pendaftaran Pelajar Baharu ke Politeknik Ungku Omar: Lebih 1,600 Pelajar Berjaya Melaporkan Diri

POLITEKNIK UNGKU OMAR
31 July 2024
Akademik

Ipoh, 28 Julai 2024 – Politeknik Ungku Omar (PUO) menyaksikan pendaftaran pelajar baharu dengan lebih 1,600 pelajar melaporkan diri pada 27 dan 28 Julai 2024.

Acara pendaftaran yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan dengan lancar di kampus PUO, Ipoh. Pelajar-pelajar dari pelbagai negeri hadir bersama keluarga/penjaga masing-masing untuk memulakan perjalanan akademik mereka di politeknik ini.

Menurut salah seorang pelajar baharu dan terdiri daripada pelajar orang asal, Ahmad Ammar Zikr, dia berasa teruja untuk memulakan pengajian di PUO. “Saya memilih PUO kerana ingin berdikari dan keluar dari zon selesa. Saya berharap dapat memanfaatkan peluang ini untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang saya minat serta mendapatkan pekerjaan”, katanya.

PUO terus komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dan memastikan pelajar-pelajarnya dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Dengan kemasukan pelajar baharu ini, PUO berharap dapat melahirkan graduan yang berdaya saing dan berkualiti tinggi pada masa hadapan.

Pendaftaran pelajar baharu ini merupakan salah satu usaha berterusan PUO dalam memperkukuhkan kedudukan sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi terkemuka di Malaysia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti