Pengarah PSAS bersara wajib mulai 2 April

UKK JPPKK
03 April 2023
Uncategorized

2 April , Behrang – Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Encik Muhammad Zubir Mohd Hanifah bersara wajib mulai hari ini selepas 36 tahun berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan.

Sesi ‘clock out’ telah diadakan di PSAS hari ini dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail bertempat di Bangunan Pentadbiran, PSAS.

Menerusi hantaran Facebook Politeknik Sultan Azlan Shah hari ini menyatakan seluruh warga PSAS mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Encik Muhammad Zubir Mohd Hanifah dalam menempuhi alam persaraan.

“Terima kasih Encik Muhammad Zubir bin Mohd Hanifah di atas jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah. Warga Politeknik Sultan Azlan Shah sudah pastinya akan merasai kehilangan seorang Pengarah yang berjiwa besar dan dekat dengan teknologi ini”, kongsi hantaran PSAS itu.

Muhammad Zubir Mohd Hanifah, 60, dilantik sebagai Pengarah PSAS pada 6 April 2020.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pentabiran Perniagaan Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Putra Malaysia (UPM).


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti