PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI ARAU JADI PANEL EVALUATOR DI ARCHI CEX 2025, POLIMAS

KOLEJ KOMUNITI ARAU
05 May 2025
Akademik, BERITA, Penyelidikan dan Inovasi, Umum

Jitra, 30 April 2025 – Dua orang pensyarah dari Program Teknologi Senibina, Kolej Komuniti Arau (KKA), iaitu Ts. Hazwani Rifhan Binti Halim dan En. Wan Muhd Zakwan Bin Wan Zin, telah diberi penghormatan sebagai Panel Evaluator bagi Program Archi Cex 2025: Architecture Competition and Exhibition Sesi II 2024/25 yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

Program Archi Cex merupakan platform tahunan yang menghimpunkan hasil karya pelajar dalam bidang seni bina dari pelbagai institusi pendidikan TVET. Melalui penglibatan ini, kedua-dua pensyarah KKA telah menilai pembentangan dan model reka bentuk pelajar yang menampilkan elemen kreativiti, inovasi, serta keprihatinan terhadap aspek kemampanan dan konteks persekitaran.

Penglibatan ini mencerminkan tahap kepercayaan institusi luar terhadap kepakaran pensyarah KKA, selain mengukuhkan jaringan kolaborasi antara institusi TVET dalam bidang seni bina. Ia turut menjadi satu nilai tambah kepada pembangunan kurikulum dan proses pengajaran di KKA, selaras dengan aspirasi pendidikan teknikal negara.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti