KUALA LUMPUR, 14 November 2024- Dr. Ros Saidatunnaziah binti Md Yusoff, Ketua Centre of Technology (COT) Mechatronic Robotic Technology Centre (MRTC) dan Encik Izhar bin Ahmad, Pensyarah merangkap Ketua Penyelidik PPRN 2.0 telah diundang ke wawancara eksklusif #AWANIPagi untuk berkongsi tentang inovasi Sistem Suapan Berpusat untuk Industri Akuakultur (s-SSBA). Inovasi ini adalah hasil kolaborasi antara PTSB dengan industri melalui Program Penyelidikan Rintis Nasional (PPRN) 2.0.
Dalam perbincangan, Dr. Ros menekankan kepentingan s-SSBA dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan tempatan yang menyasarkan peningkatan produktiviti akuakultur dengan memanfaatkan teknologi Revolusi Industri 4.0.
Encik Izhar turut menjelaskan bahawa sistem berpusat ini dilengkapi dengan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk penyimpanan data serta Human Machine Interface (HMI) yang memudahkan pengawalan. Teknologi ini bukan sahaja membantu dalam peningkatan produktiviti tetapi juga memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat sekali gus menyediakan mereka dengan kemahiran yang relevan untuk industri.
Kolaborasi ini memperlihatkan komitmen PTSB dalam menyokong industri tempatan dan menghasilkan inovasi berimpak tinggi di samping membuka peluang pekerjaan kepada graduan.
Penampilan PTSB di Astro AWANI ini mengukuhkan lagi peranan POLYCC sebagai peneraju dalam TVET dan inovasi tempatan. Tahniah Dr. Ros dan pasukan atas komitmen yang luar biasa.
Tonton semula wawancara tersebut melalui pautan ini:
https://www.facebook.com/share/v/15RnHu5BaJ/