Shah Alam, 26 September 2024 – Kolej Komuniti Shah Alam melalui Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial telah berjaya mengadakan satu Pertandingan Inovasi dalam kalangan pensyarah Rekabentuk Dalaman pada 26 September 2024.
Inovasi PIRED ‘24 ini melibatkan 3 buah Kolej Komuniti yang menawarkan Sijil Rekabentuk Dalaman, iaitu KK Shah Alam, KK Selayang & KK Miri. Sebanyak 12 kumpulan menyertai PIRED ‘24. PIRED ‘24 bertujuan untuk memperkasakan kemahiran dan daya saing para pensyarah, dan dalam masa yang sama mampu menaikan profil Unit Rekabentuk Dalaman itu sendiri.
Apa yang lebih menarik adalah, pembentangan inovasi dari kesemua peserta KK Miri dijalankan secara atas talian(virtual) melalui platform google meet.
Juri PIRED ‘24 yang dijemput khas dari UITM Puncak Alam iaitu Dr Mohamad Hanif bin Abdul Wahab (Ketua Juri) & Ts Dr Abu Bakar bin Abd Hamid telah menobatkan En Firdaus bin Ghazali & En Adnan Shafeeq bin Mat Said (Otak Sembang Podcast) dari Kolej Komuniti Shah Alam selaku Juara Keseluruhan (Emas). Manakala Pn Enarneynaney binti Ibrahim & Pn Sarah Saliha binti Shudin juga dari Kolej Komuniti Shah Alam berjaya menduduki tempat Kedua Keseluruhan (ID-Kompi KKSA 2.0) dan En Roland Tsok Vui Liang & En Mohammad Arif bin Habari dari Kolej Komuniti Miri berjaya meraih tempat Ketiga Keseluruhan (Trans4seat#1).
Diharapkan PIRED ‘24 ini mampu menggalakkan semangat berkolaborasi di antara Kolej Komuniti Malaysia. Majlis penutupan disempurnakan oleh Dr Noriah binti Abdul Malek, Pengarah Pusat Penyelidikan & Inovasi JPPKK.
Semoga PIRED ‘24 ini dapat membudayakan inovasi & menggalakkan semangat berkolaborasi di antara warga kerja Kolej Komuniti Malaysia.