13 Januari 2024, Terengganu – Politeknik Hulu Terengganu(PHT) telah menghantar seramai lapan(8) orang Pensyarah dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti untuk menyertai Program Kayak “Little Amazon” 2024 pada 13.01.2024.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.
Selain itu, program ini merupakan Program Calendar of Event (COE) bertujuan untuk membina semangat kesukanan dan membina ukhuwah di antara agensi di Daerah Hulu Terengganu khususnya termasuk PHT. Program berkayak merentasi Sungai Berang sejauh 11 kilometer ini turut disertai oleh agensi lain seperti Balai Bomba Kuala Berang, Pejabat Belia dan Sukan dan lain-lain.
“Flag-off” program ini telah dijalankan oleh Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Pegawai Daerah Hulu Terengganu bertempat di Belukar Bukit, Kampung Betong, Ajil. Peserta telah berkayak sehingga ke Kalang Rengas, Kampung Gunung, Ajil.
Sementara itu, seorang pensyarah yang juga peserta program, Muhamad Fahmi Azmi, 30, berkata meskipun mencabar fizikal dan mental ketika ekspedisi kayak ini, ia bukan penghalang untuk beliau bersama rakan menamatkan aktiviti yang sejauh 11KM itu.
Selain dapat menghayati keindahan negeri Terengganu yang sangat cantik ketika ekspedisi kayak ini, para pensyarah juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat yang cukup ramah mesra dan baik.
Program seperti ini diharapkan menjadi asas untuk pelaksanaannya pada masa hadapan bersama pelajar seterusnya dapat mempertingkatkan budaya aktiviti yang sihat dalam kalangan pelajar.