PIJ sumbang RM22,600 bantu Pelajar PIS

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
02 April 2024
Aktiviti Pelajar, Umum

PASIR GUDANG – Harini cukup bermakna di bulan Ramadan yang mulia apabila Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menjadi institusi ketiga yang menerima Bantuan Inisiatif B40 dan Dana Kebajikan Pelajar daripada Perbadanan Islam Johor (PIJ). Dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan, PIJ telah menyumbang mesin pencetak berjumlah RM12,600 dan Dana Kebajikan Pelajar berjumlah sumbangan RM10,000.

Pada majlis serahan ini, seramai 42 orang pelajar anak Johor menerima bantuan mesin pencetak yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor, YB Dato Haji Abdul Rahman Salleh dan Dana Kebajikan Pelajar telah diterima oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Hj Ulaimi Yahya yang akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Pelajar PIS.

Menurut Hj Ulaimi Yahya, Politeknik Ibrahim Sultan amat menghargai sumbangan dan inisiatif PIJ untuk membantu pelajar di kalangan keluarga berpendapatan B40. Inisiatif bantuan mesin pencetak ini merupakan satu bantuan yang sangat diperlukan oleh pelajar kerana dapat mengurangkan kos cetakan di luar bagi tugasan dan pelaporan dan membantu pelajar dalam PdP. Oleh itu, gunakanlah sebaik mungkin dan sentiasa bersyukur.

Sementara itu, YB Dato Haji Abdul Rahman Salleh berkata, pemberian insentif itu diharap dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk kekal cemerlang. PIJ sentiasa prihatin serta menyokong dalam memberikan bantuan kepada golongan pelajar B40 dan insyaAllah kita melihat bantuan di masa akan datang bukan sahaja kepada anak Johor. Bagi bantuan kepada IPT ini, PIJ telah memperuntukkan 650 mesin pencetak berjumlah RM200,000 dan Dana Kebajikan pelajar sejumlah RM300,000. Insitusi yang telah menerima bantuan setakat ini termasuk PIS pada tahun ini adalah UTHM dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Khirul Nizam Mat Said, Timbalan Pengurusan Besar Perbadanan Islam Johor, YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS, dan Rohaida Razi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti