PIS catat kejayaan luar biasa di PolySEA 2023

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
27 March 2024
Sukan

7 Mac 2024, Johor Bahru – Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (PolySEA) merupakan satu anugerah serta pengiktirafan tertinggi Politeknik Malaysia kepada atlet dan pegawai atas sumbangan dan kecemerlangan yang diberikan dalam pembangunan sukan di Politeknik. Mereka telah melakar kejayaan di pentas kebangsaan seperti Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA), Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT), Sukan Malaysia (SUKMA) serta peringkat antarabangsa seperti Asian University Games (AUG), World University Games (WUG), Sukan Sea, Sukan Asia dan sebagainya.

Penganjuran PolySEA yang berlangsung sejak tahun 2014 merupakan salah satu usaha yang komited bagi merencana dan merancakkan pembangunan Sukan Politeknik Malaysia. Ia juga merupakan satu laluan kepada atlet untuk meningkatkan prestasi dan pemangkin kepada perkembangan bakat-bakat baharu dari semasa ke semasa. PolySEA juga memberikan ruang dan peluang kepada semua atlet dan pegawai yang dijemput untuk bertemu dan bersama-sama meraikan pemenang-pemenang serta berinteraksi antara satu sama lain. Pada edisi kali ini, Majlis Sukan Politeknik Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Politeknik Ibrahim Sultan sebagai tuan rumah penganjuran PolySEA 2023. 34 orang dan  3 Politeknik Cemerlang telah dicalonkan sebagai finalist bagi 15 anugerah pengiktirafan PolySEA 2023 iaitu kategori Olahragawan, Olahragawati, Atlet Harapan Lelaki, Atlet Harapan Wanita, Atlet Paralimpik, Pasukan Terbaik Lelaki, Pasukan Terbaik Wanita, Pengurus Terbaik, Jurulatih Terbaik, Tokoh Sukan, Ikon Sukan, Anugerah Politeknik Cemerlang Kategori 1, 2 dan 3 dan Anugerah Khas MSP dengan jumlah keseluruhan wang tunai kemenangan sebanyak RM39,500 pada majlis ini.

PIS catat kejayaan luar biasa dengan merangkul 8 Anugerah daripada 15 Anugerah yang dipertandingkan. Kemenangan tersebut adalah Anugerah Olaharagawan Politeknik Malaysia  milik Umar Osman (atlet olahraga), Anugerah Olaharagawati Politeknik Malaysia  milik Nur Atasha Nabila Saring (atlet kayak), Anugerah Atlet Harapan Lelaki Politeknik Malaysia dimenangi oleh Muhammad Fakrullah  Mohd Rumaize (atlet kayak), Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki dan Perempuan Politeknik Malaysia dimenangi oleh Pasukan Dragon Boat, Anugerah Pengurus Terbaik Politeknik Malaysia dianugerahkan kepada Khairul Nazry Talib, Anugerah Khas MSP telah dianugerah kepada Tengku Nadzion Tengku Ibrahim dan Anugerah Politeknik Cemerlang Kategori 2.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi. Turut hadir Ts. Haji Muhamad Rumzi Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Haji Azirin Abdul Aziz Pengerusi Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan 36 orang Pengarah Politeknik di seluruh Malaysia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti