PKB Lancar Program Menu Rahmah, Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

POLITEKNIK KOTA BHARU
28 September 2023
Umum

5 Mac 2023, Kota Bharu – Politeknik Kota Bharu telah membuat pelancaran Program Menu Rahmah di semua cafeteria di dalam kampus bermula 26 Februari lalu.

Hal ini selaras dengan pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 31 Januari 2023 dan diikuti dengan saranan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi pada 6 Februari 2023 agar program Menu Rahmah ini dapat dijayakan oleh semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan memperkenalkan menu–menu yang bersesuaian bagi membantu meringankan beban kumpulan sasar termasuk golongan pelajar daripada keluarga B40.

Menurut Sr Haji Mohd Fikri Ismail, Pengarah PKB, berkata program ini adalah satu usaha pihak pengurusan cakna terhadap kebajikan para pelajar. Menu yang ditawarkan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar dalam menjimatkan perbelanjaan mereka.

“Menu Rahmah juga menawarkan menu yang seimbang dan bernutrisi. Pelajar dapat menikmati hidangan dengan harga RM 5.00 dengan ada sumber karbohidrat, protein dan sayur-sayuran. Ia selari dengan matlamat Pinggan Sihat Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ”, katanya.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti