PKB suntik semangat kesukanan dan gaya hidup sihat melalui Program Kayuhan POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu 2023

POLITEKNIK KOTA BHARU
01 November 2023
Aktiviti Pelajar

4 Oktober 2023, Kota Bharu : Politeknik Kota Bharu (PKB) semai semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam diri warga Politeknik dan Kolej Komunti dengan mengadakan Program Kayuhan POLYCC Peringkat Zon Negeri Kelantan dan Terengganu sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023 pada hari ini.

Program ini yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan bersama ALUMNI PKB mendapat sambutan daripada 250 orang peserta dan telah berkayuh sejauh 30 kilometer melalui jalan – jalan sekitar kampung berdekatan dengan Politeknik Kota Bharu.

Menurut YBrs. Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah PKB, PolyCC sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti sukan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, sukan dan juga kebudayaan. Dalam masa yang sama program sebegini mendidik warga PolyCC untuk hidup dalam gaya yang sihat selain daripada menyediakan bakat – bakat Baharu dalam bidang sukan.

Malah, PKB merupakan pusat Latihan bagi Bola Sepak Politeknik Malaysia dan menyertai sukan – sukan lain dalam semua acara pertandingan peringkat kebangsaan dan negara.

Menurut beliau lagi, dalam program ini juga akan diadakan beberapa program khidmat bakti yang akan dilaksanakan pada 15 Oktober 2023 bersama dengan komuniti Ketereh dan Machang.

Turut hadir dalam program yang sama Encik Yaswadi bin Mat Yasim, Timbalan Pengarah, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pengarah – Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Kelantan dan Terengganu, Pegawai – pegawai kanan Politeknik Malaysia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti