KUALA TERENGGANU 14 JANUARI 2025, Politeknik Kuala Terengganu terus melebarkan sayap menjalinkan hubungan kerjasama hari ini bersama rakan industri baharu dalam satu Majlis Tandatangan Dokumen Kolaborasi (LOI) Politeknik Kuala Terengganu bersama Cypark Resources Berhad
Politeknik Kuala Terengganu (PKT) diwakili oleh Ts. Nadzri bin Che Kamis, Pengarah manakala Cypark Resources Berhad diwakili oleh Puan Maziah binti Mohd Som, Ketua Jabatan Modal Insan dan Pentadbiran. Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan pembentangan daripada Pengarah PKT berkenaan program dan bidang yang ditawarkan oleh institusi.
Usahasama yang lebih strategik antara kedua-dua pihak khususnya dalam aspek pembangunan bakat pelajar amat penting bagi memastikan graduan TVET mendapat peluang yang seimbang dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. Menerusi kerjasama ini, Cypark Resources Berhad telah membuka ruang kepada pelajar Politeknik Kuala Terengganu untuk menjalankan latihan industri dan penempatan latihan sangkutan industri kepada pensyarah. Dalam majlis ini juga, Cypark Resources Berhad telah menyerahkan sumbangan kepada pelajar B40 dan baikpulih surau Politeknik Kuala Terengganu.
Semoga jalinan kerjasama ini akan memberi manfaat yang menyeluruh kepada kedua-dua belah pihak khususnya pembangunan modal insan pelajar, kemahiran industri pensyarah dan sebagainya.