
Jendela Madani
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam Malaysia Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri Ke-16/2025 yang berlangsung selama 15 hari di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
Kejayaan ini diraih hasil gandingan mantap bersama Rejimen 513AW, mengatasi 17 politeknik dan 10 rejimen Siri 500 lain dalam acara yang menguji ketahanan fizikal, mental dan strategi ketenteraan.
Kenyataan media POLIMAS memaklumkan pasukan Askar Wataniah POLIMAS mempamerkan konsistensi dan semangat juang tinggi apabila meraih tempat teratas dalam hampirsemua acara, membolehkan mereka membawa pulang Piala Pusingan Kejuaraan MALPTAAC 16/2025.
Pengarah POLIMAS , Rosli Idris berkata kejayaan yang membanggakan dan wajar diteruskan.
KEJAYAAN PASUKAN POLIMAS
“Saya bangga dengan kejayaan pasukan POLIMAS sekaligus membuktikan usahq gigih, latihan berterusan serta semangat berpasukan yang tinggi,” katanya.
Beliau berharap kejayaan ini dapat dipertahankan pada pertandingan tahun hadapan.
Beliau berkata demikian ketika hadir menerima piala kemenangan daripada Brigedier Jeneral Sani S Omar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan
Mejar Md Nasir Md Safar.
Ketua Pasukan Wataniah POLIMAS berkata, ini adalah kemenangan dan terima kasih kepada anggota Askar Wataniah POLIMAS kerana sanggup berkorban tenaga, masa dan cuti semester demi menggapai misi ini.
MENJADI JUARA PENEMBAK
Muhammad Faiq Mohammad Bakri salah pelajar dari Diploma Kejuruteraan Awam berjaya menjadi Juara Penembak Jatuh Piring dan juga Naib Johan Penembak Terbaik Keseluruhan.
Beliau berpuas hati kerana dapat menyumbang pingat untuk kejayaan pasukan Askar Wataniah POLIMAS
“Kejayaan POLIMAS sebagai Johan
keseluruhanadalah paling bermakna buat saya,” kata Nur Alia Syuhada.
Shafizul Aimi, peserta yang juga merupakan pelajar Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah telah menjadi penyumbang kepada pasukan dengan menyandang Naib Johan dalam acara Ujian Jalan Laju dan tempat ketiga acara Pandu Arah.
TERUJA ATAS KEMENANGAN
Ketika ditemui beliau berkata, “Saya berasa teruja atas kemenangan ini dan tidak menyangka akan menyumbang pingat kepada pasukan.
Pasukan Wataniah POLIMAS terdiri daripada 40 peserta dan 4 jurulatih dari Batalion KetigaRejimen 513AW, di bawah pimpinan Mejar Md Nasir Md Safar.
Sebanyak 17 buah politeknik dan 10 buah Rejimen siri 500 mengambil bahagian pada edisi kali ini yang dihoskan oleh Politeknik Sultan Idris Shah (PISIS), Sabak Bernam, Selangor.
Acara yang dipertandingkan pada MALPTAAC 16 adalah pertandingan Ujian Jalan Laju, pertandingan Multirelay, pertandinganmembaca peta, pertandingan menembak senjatacolt M16 dan pertandingan sukan bola tampar.
Majlis penutup turut menyaksikan simbolik penyerahan bendera MALPTAAC daripada Pengarah PSIS , Haslinda Abdul Hamid kepada Dr Salmi Che Meh, Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO), sebagai tuan rumah MALPTAAC Siri 17/2026. – JM