POLISAS tanam 100 Pokok Mengkulang Jari sebagai usaha memelihara alam sekitar

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
28 September 2023
Komuniti

11 Mac 2023, Kuantan –100 batang pokok Mengkulang Jari atau nama saintifiknya Heritiera Javanica Kosterm berjaya ditanam sempena program GPS Green Project : Let’s Plant yang berlangsung di Tasik Chini.

Seramai lapan orang Pensyarah dan 32 orang pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK 5A), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah bekerjasama dalam merealisasikan program anjuran Gerakan Pengguna Siswa, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia. Program ini juga turut mendapat kerjasama dari  Pejabat Hutan Daerah Kuantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pahang.

Menerusi program ini, setiap peserta diberi pendedahan akan peri pentingnya memelihara dan memulihara alam semulajadi agar keseimbangan alam tidak terganggu sekaligus mampu memberi manfaat maksimum kepada manusia.

Pendedahan sebegini adalah sangat bersesuaian dengan kursus DUG30023 Green Technology Compliance bagi memenuhi hasil pembelajaran yang dihasratkan iaitu pelajar mampu menerangkan amalan dan teknologi hijau, mempraktiskan amalan teknologi hijau dan mengenalpasti cabaran dalam melaksanakan budaya hijau di Malaysia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti