POLYCC X APM : Pengendalian Bot Ringan dan Menyelamat di Air

KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI
10 March 2025
BERITA, Industri, Umum

11 Februari 2025, Kota Tinggi – Satu Latihan Bulanan Siri 1/2025 di bawah tajuk Pengendalian Bot Ringan dan Menyelamat di Air telah diadakan melibatkan kekuatan dua pegawai tetap, tiga pegawai pasukan, lima pegawai bersekutu dari Kolej Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Komuniti Bandar Penawar dan 50 anggota lain lain pangkat, ini termasuk anggota dari PISPA KKKT dan KKBP.

Pelbagai bentuk latihan telah dijalankan sepanjang program tersebut, diantaranya pengenalan kepada komponen bot, pengendalian bot ketika banjir, water confident, dan menyelamat air. Program juga telah dihadiri oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menyaksikan pelaksanaan latihan.

Pelajar KKKT dan KKBP melahirkan rasa berpuas hati kerana program ini bukan sahaja memberikan input pendidikan yang baru di luar kolej malahan ianya boleh digunakan dalam membantu masyarakat secara amnya.

Diharapkan pelaksanaan ini dapat diteruskan di masa akan datang dan hubungan baik di antara POLYCC dan APM berkekalan selamanya.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti