POLYCC ZON PERAK MERAIKAN 125 ORANG PENERIMA APC 2023

KOLEJ KOMUNITI GERIK
02 August 2024
Umum

Ipoh, 20 Julai 2024 – Seramai 125 orang anggota perkhidmatan awam POLYCC Zon Perak terima APC 2023 iaitu 85 orang dari warga Politeknik dan 40 orang dari Kolej Komuniti. Seramai 49 orang penerima adalah daripada Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Mereka diraikan di majlis penyampaian APC yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, PUO, Ipoh. Penganjuran majlis seumpama ini sebagai memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai perkhidmaan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. APC ini akan memberikan motivasi kerja dan impak positif kepada semua warga PolyCC dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang dan selaras dengan halatuju Kementerian dan hasrat kerajaan. Namun ianya bukanlah menjadi titik noktah kepada usaha berterusan untuk mengangkat martabat Pendidikan TVET ke satu tahap yang lebih tinggi.

Penerima APC akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai bernilai RM 1,000.00. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs.Ts. Haji Muhamad Rumzi Bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti.

Semasa ucapan perasmian beliau menekankan keperluan berkerja dengan penuh dedikasi yang tinggi, kesungguhan yang luar biasa, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas. Kejayaan penerima APC kerana telah berjaya menunjukkan prestasi kerja yang mencapai tahap yang terbaik sehingga terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada kali ini. Pengiktirafan yang diberikan ini semoga menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada penerima untuk terus meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang, seterusnya menjadi mentor terbaik kepada rakan sekerja.

Penambahan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan juga mengamalkan nilai-nilai murni serta ciri-ciri peribadi yang positif termasuk mengutamakan aspek integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas. Runtuhnya nilai integriti akan menyebabkan berlakunya pelbagai kepincangan seperti berlakunya penyelewengan untuk kepentingan peribadi, rasuah dan sebagainya.

Beliau juga mengingatkan kepada semua, bahawa APC ini bukanlah satu pengukur bahawa kita telah mencapai kecemerlangan yang tertinggi. Masih banyak yang boleh disumbangkan, idea bernas yang boleh dikupas dan khidmat bakti yang hendak dicurahkan demi kementerian dan jabatan menuju kecemerlangan memacu negara MADANI. Sifat inginkan kecemerlangan perlu hadir dalam diri dan jiwa setiap individu. Jadikan penganugerahan ini sebagai satu cabaran dan inspirasi semua warga kerja dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

“Saya yakin dan percaya bahawa pemilihan penerima  APC adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dibincangkan dan diperhalusi sebaiknya,” tambahnya lagi.

Image Not Found

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti