POWERMAN MALAYSIA 2025: Pensyarah Kolej Komuniti Arau Tampil Cemerlang, Perbaharui Rekod Peribadi

KOLEJ KOMUNITI ARAU
25 June 2025
Sukan

PUTRAJAYA, 22 Jun 2025 – Encik Mohammad Shahiran Bin Salim, Pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau Cawangan Kangar sekali lagi membuktikan kemampuan diri apabila berjaya menamatkan cabaran Powerman Malaysia 2025 bagi kategori Short sambil memperbaharui rekod masa peribadinya.

Acara duatlon terbesar di Asia itu yang menggabungkan larian sejauh 5 km, kayuhan basikal 30 km dan larian penutup 5 km menarik penyertaan lebih 4,500 atlet tempatan dan antarabangsa di Dataran Putrajaya. Ini merupakan tahun kedua Mohammad Shahiran menyertai pertandingan berprestij tersebut.

“Penyertaan kali ini bukan sekadar untuk bersaing tetapi juga untuk menguji ketahanan diri serta memberi inspirasi kepada pelajar agar mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya sejurus menamatkan perlumbaan.

Kecemerlangan beliau di gelanggang sukan mengukuhkan reputasi pensyarah Kolej Komuniti sebagai individu serba boleh cemerlang di bilik kuliah, aktif di lapangan, dan berupaya menjadi teladan positif. Pihak kolej berharap kejayaan ini akan menyemarakkan semangat warga kampus untuk terus menyahut cabaran dan mengekalkan gaya hidup aktif.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti