Prihatin nasib Warga POLYCC Zon Johor terkesan banjir, POLYCC Zon Pahang tampil sumbang melalui Bakul Rahmah

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
31 March 2023
Umum

28 Mac 2023, Segamat – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Justeru itu, warga politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) Zon Pahang telah mengumpulkan sumbangan dan menyalurkan bantuan Bakul Rahmah untuk mangsa POLYCC Zon Johor yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Sebanyak 100 kotak barangan makanan asasi telah disumbangkan oleh POLYCC Zon Pahang kepada mangsa banjir di Johor menerusi Program POLYCC Zon Pahang Prihatin. Kesemua barangan bantuan telah dihantar dengan sebuah bas serta diiringi oleh pengarah-pengarah POLYCC Zon Pahang bersama 12 orang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan diserahkan melalui wakil Kolej Komuniti Segamat, Johor.

Bantuan tersebut merupakan hasil kutipan sumbangan daripada warga POLYCC Zon Pahang yang bersama untuk membantu meringankan beban kira-kira 73 warga Kolej Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Segamat 2 di daerah Segamat.

Pada awal Mac 2023 lalu, Johor telah dilanda banjir besar dengan melibatkan beberapa daerah antaranya Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat. Banjir ini telah menjejaskan lebih 40 ribu mangsa banjir seluruh negeri tersebut.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti