Program 4P asah bakat keusahawanan pelajar Kolej Komuniti Kulim

KOLEJ KOMUNITI KULIM
12 March 2024
Alumni

5 Mac 2024, Kulim – Pelancaran Program Pecutan Perniagaan Pelajar (4P) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Noor Bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Dalam program ini, Kolej Komuniti Kulim (KKKU) telah mengetengahkan perniagaan bidang fotografi. Ini adalah selari dengan program pengajian yang ditawarkan disitu, iaitu Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan.

Studio Gambar Lawo adalah merupakan hasil idea asal pensyarah bidang Multimedia Kreatif Pengiklanan, Encik Ahmad Sobri Bin Zakaria, yang dibangunkan khusus untuk inkubator bidang SMP. Studio Gambar Lawo telah memulakan operasi pertamanya pada tahun 2023 dengan menawarkan sesi photoshoot raya. Bagi tahun 2024, Studio Gambar Lawo telah mengembangkan operasinya melalui photoshoot majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, reunion dan sebagainya.

Asas pembangunan studio ini adalah untuk menyediakan suasana alam pekerjaan sebenar kepada para pelajar untuk mengusahakan perniagaan semasa dalam tempoh belajar selaras dengan matlamat Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Kulim dalam menyokong usaha kerajaan menjadikan pelajar TVET sebagai Job Creator.

Hasil perbincangan bersama wakil alumni pada awal tahun, Studio Gambar Lawo telah ditambahbaik hasil perkongsian tiga orang alumni untuk dijadikan pusat operasi bisnes mereka. Ketiga-tiga alumni ini adalah merupakan jurugambar sepenuh masa dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Mereka terdiri daripada Muhammad Irsyad bin Mohd Said pelajar lulusan tahun 2019, Muhammad Syahmi bin Syahnorizal pelajar lulusan tahun 2022 dan Muhammad Amirullah bin Aziz pelajar lulusan tahun 2023.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam memperluaskan industri fotografi di Malaysia di mana kekurangan jurufoto berkebolehan untuk menampung permintaan khidmat fotografi, Kolej Komuniti Kulim berharap dapat menjadi institusi yang berdaya saing dan maju, seterusnya dapat melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan pelajar yang mampu mencapai hasrat kerajaan. Para pelajar ini akan mengikuti program bimbingan latihan Kursus Fotografi, Video Editing untuk Keusahawanan yang akan dikendalikan oleh syarikat yang dilantik seterusnya mereka akan diberi latihan perniagaan di lapangan. Tn Hj Mohd Noor  turut menyematkan nasihat kepada ketiga-tiga alumni untuk terus berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya dan membalas jasa kolej komuniti, bekerja dengan seikhlas hati dan sentiasa mengamalkan sedekah jariah.

/*! elementor - v3.20.0 - 11-03-2024 */ .elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti