Program Community Health Fair bukti sokongan padu Politeknik Nilai menyahut Kempen Derma Darah

POLITEKNIK NILAI
30 September 2024
BERITA

Bandar Enstek, 19 Jun 2024 – Fakta sebuah beg darah mampu menyelamatkan nyawa.menjadi inspirasi buat Politeknik Nilai bagi meneruskan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) melaksanakan kempen derma darah demi manfaat komuniti secara keseluruhannya.

Politeknik Nilai dengan kerjasama Hospital Tuanku Jaáfar, Seremban dan Klinik Kesihatan Kuarters KLIA telah mengadakan Program Community Health Fair bertempat di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai.

Usaha murni ini bertujuan menggalakkan pendermaan darah daripada kalangan para pelajar serta meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan terutamanya kesihatan mental kepada orang ramai. Program yang dikelolai oleh seramai 24 orang Program Diploma Pengurusan Logistik dan rantaian Bekalan (DLS) telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dengan kehadiran seramai 178 orang pengunjung yang terdiri dari pelajar dan staf serta komuniti setempat dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti menderma darah dan melakukan pemeriksaan kesihatan seperti pmeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kolestrol dan pemeriksaan pap semar.

Pengarah Program, Muhammad Faiz Mohammad Hamid sangat berpuas hati kerana sasaran utama program berjaya dicapai dengan 59 pain darah berjaya dikumpul dalm tempoh lima jam penganjuran program. “Program ini merupakan dedikasi pelajar tahun akhir dalam membudayakan amalan menderma darah sebagai satu tanggungjawab sosial dalam hidup bermasyarakat. Di samping mendidik individu berani melakukan pemeriksaan kesihatan sebagai langkah pencegahan menghidap penyakit berbahaya”.

Faiz berkata usaha itu juga adalah satu inisiatif simbolik yang melambangkan perpaduan antara rakyat di negara ini yang mengamalkan sikap saling membantu demi kesejahteraan bersama.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti