SIK, 26 NOV 2024 – Program Eksplorasi Rukun Negara: “Menjiwai Rukun Negara” yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Sik dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah berlansung dengan jayanya di Keda Resorts & Holidays Bendangman, Sik, Kedah.
Sesi Townhall dengan tajuk Rukun Negara; Tiang Seri Keharmonian Negara, telah dikendalikan oleh En Mohd Azrulnizam Bin Mohd Kamarudin selaku Moderator melibatkan perkongsian daripada dua panel jemputan iaitu Dr Zaki Zamani Bin Rashid Chief Executif Officer, Mahsuri Medical Center dan Asp (B) Mohd Shamsul Bhari Bin Nawi Mantan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sik. Sesi Townhall ini telah dihadiri oleh 55 orang pelajar Kolej Komuniti Sik, 19 orang pelajar Kolej Komuniti Baling dan 40 orang pelajar Universiti Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
Sesi Townhall ini diadakan untuk menyemai kesedaran dan kefahaman mendalam mengenai prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan pelajar sekaligus memperkukuh perpaduan nasional. Kemuncak majlis, Pengarah Kolej Komuniti Sik, En Zahrul Bin Zakaria merasmikan Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024.
Pada masa yang sama, turut diadakan juga aktiviti Sukan Rakyat dan Eksplorasi Perpaduan bersama 70 orang murid Sek Keb Chepir. Kesemua aktiviti ini telah disusun untuk mencapai objektif iaitu menekankan aspek kerjasama dan memupuk perpaduan dikalangan murid-murid. Semua perserta amat bersemangat semasa menjalankan aktiviti ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada semua kakitangan Kolej Komuniti Sik, Guru Besar dan guru pengiring dari Sek Keb Chepir, wakil-wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, pensyarah pengiring Kolej Komuniti Baling dan pensyarah pengiring dari UniSHAMS.
Semoga semangat Rukun Negara terus subur dalam diri kita semua!