Program Go Green Week berjaya kumpul 468.3 kilogram sisa pepejal

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
11 July 2023
BERITA, Umum

26 Mei 2023 , Kuantan – Program Go Green Week : A Little Help Can Make A Big Change telah berjaya mengumpul sisa pepejal seberat 468.3 kilogram yang meliputi pakaian terpakai (451.3 kg), botol plastik (13.5 kg) dan barangan kaca (3.5 kg).

Program anjuran Portfolio Green Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang ini telah bermula pada 18 Mei 2023 dengan aktiviti pengumpulan sisa pepejal seperti pakaian terpakai, minyak masak terpakai, e-waste, dan kertas terpakai. Sisa-sisa pepejal yang terkumpul diserahkan kepada pihak SWCorp. Selain itu, sempena program ini juga turut diadakan Webinar bersama pihak SWCorp Pahang dengan topik : Pengurusan 3R.

Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memupuk nilai memberi dan keprihatinan di kalangan warga POLISAS terhadap komuniti, memberi pendedahan kepada pelajar dalam menyumbang kelestarian alam sekitar serta membantu golongan yang memerlukan dan juga memberi pengetahuan kepada pelajar serta meningkatkan kesedaran warga POLISAS berkaitan kitar semula.

Majlis Perasmian Penutupan Program Go Green Week telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) POLISAS, Azad Muslim Muhammad. Hadir sama Penolong Pegawai Penguatkuasa, Seksyen Pendidikan Masyarakat, SWCorp Pahang , Ridzuan bin Indam , Pengurus Polygreen POLISAS, Anuar Ismail dan Pengarah Program Go Green Week, Yasmin Adlina Mohd Yusoff.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti