MERLIMAU, 25 Jun 2024 – Unit CORPORATE, INDUSTRIAL SERVICES AND EMPLOYABILITY CENTRE (CISEC), Politeknik Merlimau dengan kerjasama dari PERKESO dan HRD CORP telah menganjurkan PROGRAM INTERNSHIP AND CAREER EXCELLENCE DAY (i-CarE 10.0) bersempena dengan NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) yang bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.
Sebanyak LIMA (5) jabatan yang terlibat iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Perdagangan (JP) dan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) dengan penyertaan seramai 1250 orang pelajar lepasan latihan industry dari pelbagai kursus.
Program ini turut melibatkan beberapa institusi dan syarikat sebagai peserta pameran antaranya adalah: NIOSH, Malaysia Board of Technologists (Mbot), PERKESO, Akademi Binaan Malaysia, UMK Business Ventures Sdn. Bhd (UMKBV), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kulim Hi Tech, Halal Development Corporation (HRD CORP).
Selain itu, terdapat 11 majikan yang turut sama menyertai program ini bagi menemubual secara langsung dengan para pelajar yang berminat menyertai syarikat mereka dan secara tidak langsung membuktikan tahap kebolehpasaran yang tinggi serta kualiti graduan Politeknik Malaysia amnya dan Politeknik Merlimau khususnya. Antara syarikat majikan yang terlibat adalah Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Allied Precision Technologies (M) Sdn Bhd, BPE Synergy Engineering Sdn Bhd, EduCity lskandar Malaysia Sdn Bhd, Fiscal Laurel Sdn Bhd, Konica Minolta Business Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, Mindappz Sdn Bhd, Qaid travel Sdn Bhd, Temara Infra Care Sdn Bhd, Texas Instruments Electronics Malaysia Sdn Bhd dan STMicroelectronics Sdn Bhd.
Program Internship and Career Excellence Day 10.0 ini dijalankan dengan baik dan lancar sepertimana yang telah dinyatakan dalam objektif program. Besarlah harapan pengurusan PMM agar graduan yang diberikan peluang untuk menyambung pengajian ataupun bekerja dalam membina kerjaya dan mencorak masa depan mereka sendiri.
lni adalah usaha berterusan dan sasaran CISEC, UPLI dan UPP agar semua pelajar dapat bekerja selepas menamatkan pengajian seterusnya merealisasikan sasaran 90% pelajar PMM bekerja semasa konvokesyen. Program ini dapat membantu Politeknik Merlimau untuk mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.