Program Kotak Ikhlas Ramadan: Inisiatif Kolej Komuniti Arau Membantu Golongan Pelajar dan Komuniti yang Memerlukan

KOLEJ KOMUNITI ARAU
18 March 2025
Aktiviti Pelajar, BERITA, Komuniti

Arau, 17 Mac 2025 – Seramai 59 pelajar Kolej Komuniti Arau (KKA) yang menyewa di 16 buah rumah di Taman Cempaka Putih, bersama empat keluarga asnaf dari kawasan yang sama di sekitar Tambun Tulang, telah menerima sumbangan barangan makanan pada hari ini.

Program JPP & BRiSK Prihatin

Prihatin 4.0: Kotak Ikhlas Ramadan KK Arau bersama Komuniti Tambun Tulang Tahun 2025 anjuran Unit Pembangunan Pelajar, Kolej Komuniti Arau merupakan satu inisiatif yang sangat bermakna dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan sosial sepanjang bulan Ramadan.

Melalui program ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Ahli Briged Sukarelawan (BriSK) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa & Siswa (PRISS) KKA tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan ini. Ini membolehkan mereka memahami nilai membantu sesama insan, serta memupuk rasa tanggungjawab sosial dan empati terhadap golongan yang lebih memerlukan.

Pengarah KKA, Rosnizam bin Kamis berkata program yang diadakan saban tahun ini turut memperlihatkan peranan penting institusi pendidikan dalam masyarakat. Selain daripada fungsi utamanya sebagai pusat pendidikan, Kolej Komuniti Arau juga berperanan dalam membentuk masyarakat yang peka dan prihatin.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja memperkaya pengalaman pelajar dalam aspek kemanusiaan, malah ia turut mengukuhkan lagi ikatan antara kolej dan komuniti setempat,” katanya.

Turut serta memeriahkan program ini ialah Timbalan-Timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan KKA, Penyelaras JPP, BriSK dan PRISS.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti