
SEMPORNA, 10 September 2026 – Seramai 60 orang pelajar Semester 5 Diploma Pelancongan Rekreasi, Politeknik Tawau bersama pelajar Kolej Komuniti Semporna telah menyertai Program Youth in Action yang berlangsung di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah.
Program Youth in Action turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Jabatan Muzium Sabah bagi memperkukuhkan usaha pemeliharaan dan penghayatan warisan di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna.
Kolaborasi antara Politeknik Tawau Sabah, Kolej Komuniti Semporna dan Jabatan Muzium Sabah ini mencerminkan kepentingan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan agensi warisan dalam melahirkan generasi muda yang mempunyai kesedaran, pengetahuan dan rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan warisan negara.
Program yang diketuai oleh Pensyarah Kursus, Puan Suhaini binti Ibrahim ini merupakan satu inisiatif kesukarelawanan bagi kursus Recreational Volunteerism yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti lapangan yang memberi manfaat kepada warisan, komuniti dan alam sekitar.
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan ialah Interpretation Heritage Signboard installation, Heritage Trail Clean-Up, Painting Heritage Signboard dan 3R Recycling Corner.
Turut terlibat dalam program ini Puan Veronica binti Madayam dan 5 orang Pensyarah Kolej Komuniti Semporna. Pelaksanaan aktiviti tersebut bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keceriaan kawasan, malah turut meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan memelihara warisan serta mewujudkan persekitaran rekreasi yang lebih lestari.

