Kota Kinabalu, 14 Mac 2024 – Pepatah ada mengatakan enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama, namun lain pula dengan Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) yang mahu menjalinkan kerjasama dalam Projek Solar PV bagi salah satu projek Solar for Community at Beaufort atau singkatannya SOFCOM@BFORT.
Satu sesi perbincangan jalinan kerjasama Projek Solar PV SOFCOM@BFORT bersama Univeriti Malaysia Sabah (UMS) yang diwakili oleh Ir. Dr. Mohd Azlan Ismail. Turut hadir dalam perbincangan tersebut, Pengarah Kolej Komuniti Beaufort, Ts. Julkifli bin Awang Besar, Pegawai Keusahawanan selaku Ketua Projek, Ts. Mazuwan bin Mustaffa bersama-sama beberapa penasihat teknikal yang juga pensyarah-pensyarah Sijil Teknologi Elektrik. En. Christoper bin Asok, En. Shalizan bin Kadir dan En. Mohd Faroul Rafiq bin Romli Dapatan dari perbincangan tersebut UMS bersetuju untuk bersama-sama dalam Projek Pemasangan Solar di Kg Nabahan, Beaufort.
UMS akan melibatkan diri dalam sesi pemindahan ilmu solar PV pada hari pemasangan nanti. Sebagai timbang tara, UMS pula berhasrat meminang SOFCOM@BFORT dalam beberapa projek solar dibawah kelolaan UMS. Namun perbincangan lanjut akan diadakan di masa hadapan. Salah satu projek yang menarik perhatian UMS untuk berkerjasama dengan KKBS ialah Pemasangan Solar di Long Pasia. Sejurus dari lawatan ke UMS, pasukan SOFCOM@ BFORT bergegas ke Winjaya Solar Electricity (WSE), Karamunsing bagi membincangan tujuan sama. Hasil perbincangan, WSE bersetuju menjalinkan kerjasama dalam projek pemasang solar Kg Nabahan yang memainkan peranan sebagai pembekal dasupplier dan Unit Pemasang Sokongan.
Semoga jalinan demi jalinan bersama industri dan universiti memantapkan lagi KKBS sebagai institusi yang menawarkan program TVET yang unggul bukan sahaja di Beaufort malah di Sabah.
/*! elementor – v3.20.0 – 13-03-2024 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=”.svg”]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}