PSIS, UTP Surakarta, Indonesia jalin kerjasama pergiat pengantarabangsaan

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
07 April 2023
Industri

5 April 2023, Sabak Bernam – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menjalinkan kerjasama dengan Universitas Tunas Pembangunan (UTP), Surakarta, Indonesia secara dalam talian hari ini.

Kerjasama dimeterai melalui Agreed Minutes of Meeting (AMM) yang telah dipersetujui oleh Pengarah PSIS, Ts. Zulkurnain Shahadan dan Rektor UTP, Profesor Dr. Winarti, M. Si.

Zulkurnain berkata, kerjasama ini sejajar dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Teras ke-5 Mempergiatkan Pengantarabangsaan.

“Saya yakin perkongsian strategik yang komprehensif antara Politeknik Sultan Idris Shah dengan institusi luar negara dapat memberikan nilai tambah dan pendedahan kepada bakal graduan politeknik dari aspek pengantarabangsaan”katanya lagi.

Majlis ini telah disaksikan oleh Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti dan Bahagian Koordinasi TVET Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta warga PSIS melalui platform Facebook dan Youtube Live.

Sebelum ini PSIS telahpun menjalankan kolaborasi bersama UTP bagi Program Jalinan Warisan Antarabangsa Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2022 dan Program SEAMEO TVET Virtual Student Exchange 2022. Justeru, majlis pada hari ini dapat mengukuhkan lagi hubungan baik diantara kedua-dua pihak.

Hadir sama pada majlis ini ialah Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Unit Pengantarbangsaan dan Ketua Unit Corporate, Industrial Services and Employability Center (CISEC).

/*! elementor - v3.12.1 - 02-04-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}

 Rektor Universitas Tunas Pembangunan (UTP), Surakarta,Indonesia, Profesor Dr. Winarti, M. Si (kiri) bersama Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Ts. Zulkurnain bin Shahadan (kanan) pada Majlis Menandatangani Agreed Minutes of Meeting (AMM) secara dalam talian.

Ahli Mesyuarat Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah pada Majlis Menandatangani Agreed Minutes of Meeting (AMM) di Bilik Seri Tanjung, PSIS

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti