PTSB Hargai Kecemerlangan Staf dalam Pelbagai Kategori

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
18 December 2024
Umum

KULIM HI-TECH, 18 Disember 2024 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan & Apresiasi Staf PTSB 2024 bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, hari ini. Bertemakan “Transformasi Akademia dengan AI: Masyarakat Madani Berinovasi” bersempena dengan Hari Akademia pada tahun ini, majlis ini menghargai sumbangan luar biasa staf dalam pelbagai kategori.

Anugerah paling berprestij, Tokoh Akademia TVET disandang oleh Tn. Hj. Shamsul Bahrain Bin Md. Yusuf mantan ‘orang kuat PTSB’ sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasinya dalam memperkasakan pendidikan TVET.

Berikut merupakan senarai penuh penerima anugerah yang diraikan pada hari ini:

Kategori Akademik:

1. Pensyarah Cemerlang: Dr. Rossitah Binti Selamat

2. Ikon Sukarelawan: Dr. Janet Ho Siew Ching

3. Ikon Kokurikulum: Junaidah Binti Ramli

4. Ikon Kolaborasi: Masburah Binti Mustaffa

5. Pensyarah Harapan: Normawar Binti Ali

6. Pembelajaran Sepanjang Hayat: Yuniza Binti Ahmad

7. Pembelajaran dan Pengajaran: Munirah Binti Md. Nujid

8. Penerbitan: Mohd Iqbal Syazwan Bin Azizan

9. Penyelidikan & Inovasi: Izhar Bin Ahmad

10. Mentor Keusahawanan: Mohd Zamri Bin Hamid

11. Pensyarah Prihatin: Sharipah Binti Daud


Kategori Staf Bukan Akademik:

1.  Staf Bukan Akademik Terbaik: TC. Ahmad Eskandar Bin Jalaludin

2. Staf Teknikal Terbaik: Mohd Yazid Bin Abd Rahman

3. Staf Berintegriti: Nurulazren Binti Azhari

4. Staf Khidmat Terpuji: Mohd Sharfaani Bin Mohd Jamil

5. Inspirasi Kebersihan: Rosdi Bin Ahmad

Pengarah PTSB, Hj. Mohd Ruzi Bin Hamzah, dalam ucapannya, menegaskan

“Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan tetapi satu inspirasi kepada seluruh warga PTSB untuk terus memacu kecemerlangan. Dengan inovasi, semangat kerja berpasukan dan dedikasi padu, kita mampu menghadapi cabaran dan mengangkat martabat institusi ke tahap lebih tinggi.”

Dalam majlis yang sama, peluncuran Inkubator Aiskrim COT turut diraikan sebagai inisiatif di bawah Unit Keusahawanan (UKES) PTSB. Inkubator ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar usahawan dengan bimbingan mentor, Puan Fazaliana Zamzuri. Program ini bertujuan membangun dan memperkasakan kemahiran keusahawanan pelajar melalui penglibatan langsung dalam industri makanan sejuk beku sekali gus menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pasaran sebenar.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi budaya dalam organisasi seterusnya memacu PTSB ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti