
JITRA, 11 September 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya membawa pulang lima pingat dalam pertandingan POLYCCSkills 2025. Dalam majlis perasmian penutup yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), PTSB diumumkan meraih satu pingat emas dan empat pingat perak melalui penyertaan dalam lima bidang kemahiran.

Empat pingat perak pula diperoleh melalui:




Majlis penutup turut dihadiri oleh Hajah Norlili Juwita Arshad, Pengarah PTSB, bersama Dr. Mohd Nor Azam Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik PTSB, memberi sokongan kepada peserta.
“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan dedikasi para pelajar, pensyarah serta jurulatih yang tidak pernah mengenal erti penat. PTSB sentiasa menyokong penyertaan pelajar dalam pertandingan seperti ini kerana ia bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal tetapi juga membina keyakinan diri, daya saing dan semangat berpasukan,” ujar Hajah Norlili Juwita.
“Saya berharap pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua warga PTSB untuk terus melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama politeknik di peringkat nasional mahupun antarabangsa,” tambah beliau.
Kejayaan ini menjadi bukti keupayaan pelajar PTSB bersaing dengan cemerlang di pentas kebangsaan, selari dengan misi PTSB melahirkan graduan TVET yang kompeten dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan industri.
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan