KULIM – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus komited mendukung pendidikan generasi muda melalui Program Sekolah Angkat di bawah Jabatan Perdagangan, PTSB. Seramai 60 pelajar daripada SMK Taman Selasih hadir untuk sesi taklimat khas dan bengkel Matematik SPM bertempat di Dewan Kuliah ULPL, PTSB.
Program ini bertujuan membuka peluang kepada pelajar untuk memahami kelebihan melanjutkan pengajian di PTSB selain meningkatkan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM.
Pelajar-pelajar berpeluang mengikuti sesi interaktif yang bukan sahaja memberi pendedahan kepada laluan pendidikan TVET tetapi juga membantu mereka menguasai topik-topik Matematik kritikal yang sering menjadi cabaran dalam SPM.
Program ini mencerminkan usaha PTSB dalam meningkatkan potensi pelajar tempatan sejajar dengan peranannya sebagai institusi pendidikan unggul di Kedah.