PTSN politeknik pertama terima pelajar baharu Asasi TVET

POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL
30 August 2023
Umum

23 JULAI 2023, Pagoh – Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) telah mengadakan sesi pendaftaran pelajar baharu hari ini dan merupakan politeknik yang terawal menerima pelajar bagi program Asasi TVET dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Seramai 70 orang pelajar hadir mendaftar pada sesi tersebut.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mensasarkan seramai 500 pelajar baharu akan mendaftar pada program Asasi TVET Sesi 1 2023/2024 di kesemua lima (5) politeknik rintis sehingga 26 Julai 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail turut mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kerana menyahut saranan Kerajaan untuk menyertai Asasi TVET.

“KPT melalui JPPKK dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) telah menyumbang lebih 40 peratus daripada guna tenaga TVET negara, suatu pencapaian besar dan merupakan tunjang pembangunan negara, maka ianya wajar program Asasi TVET ini diperkenalkan pada tahun ini”, ujarnya ketika ‘turun padang’ melakukan tinjauan sekitar sesi pendaftaran pelajar disini, hari ini.

Mengulas lanjut, ketika berucap pada sesi bersama ibubapa, beliau turut berkongsi kadar kebolehpasaran graduan TVET khususnya di politeknik dan kolej komuniti adalah melebihi 95 peratus. Ini menunjukkan graduan yang dihasilkan sangat diminati oleh pihak indsutri.

Pada sesi ini, beliau turut menyerahkan kad pelajar kepada Siti Najwa binti Mohd Shamsul yang merupakan pelajar ‘sulung’ atau yang terawal mendaftar di PTSN. Anak sulung daripada empat (4) adik beradik itu telah memilih program asasi ini kerana tertarik dengan penawaran program baharu tersebut dan menjadikan antara Asasi TVET sebagai antara pilihan utama ketika mengemukakan permohonan melalui UPUOnline.

“Saya sangat gembira menjadi pelajar pertama yang mendaftar di Asasi TVET, ini merupakan inisiatif terbaik buat diri saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan apa yang dipelajari di asasi ini boleh saya gunakan untuk program ijazah saya pada masa akan datang”, katanya.

Program Asasi TVET adalah merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasakan TVET. Program ini adalah sebagai persediaan khusus bagi pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian selama setahun di mana-mana lima buah politeknik rintis. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian asasi ini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Selain PTSN, empat (4) buah politeknik lagi turut menawarkan program Asasi TVET iaitu Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan pendaftaran pelajar pada 24 Julai 2023, manakala bagi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) akan mendaftar pada 26 Julai 2023 nanti.

/*! elementor - v3.14.0 - 26-06-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti