PTSS Meterai Kolaborasi Strategik Bersama Lapan Industri

UKK JPPKK
28 September 2023
Industri

10 Mac 2023, Arau – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik bersama lapan industri disini, hari ini.

Sijil Kolaborasi Strategik tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Encik Abdul Malek bin Hassan, Pengarah PTSS sambil disaksikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, disini.

Majlis yang dianjurkan oleh Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC) PTSS bertujuan membantu politeknik khususnya PTSS memelihara hubungan baik antara masyarakat, badan-badan perniagaan, industri, pertubuhan profesional dan pusat pengajian tinggi dengan membawa perhatian mereka mengenai kursus-kursus dan kualiti graduan politeknik. Sehingga hari ini, politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) telah menjalinkan kolaborasi bersama lebih 15,000 industri.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj Muhadzir Mohd Isa, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Industri, PTSS serta wakil-wakil industri yang terlibat antaranya ialah Mr. Masatoshi Tachikawa, Managing Director, Tokyo Athletic Club Co., Ltd. (TAC), YBhg. Dato’ Sri Subahan Kamal, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), YBhg. Dato’ Mohd Fakhruddin Md Noor, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Digital Kebangsaan (NEDMA), Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Encik Anuar bin Abidin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP), Tc. Sharif Zulkepele bin Sharif Harun, Pengarah Urusan Infra Minda Global Sdn. Bhd., Puan Sharifah Azlinda Syed Md Zaki Complex Assistant Director of Human Resources, The St. Regis Langkawi (Integrated Nautical Resort Sdn Bhd) serta Encik Azhar bin Mohammad General Manager (GM) Seri Pacific Hotel.

Hadir sama pada majlis ini ialah Pengarah-pengarah Bahagian JPPKK serta pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti