PUO catat rekod pengambilan pelajar TVET tertinggi tahun ini

POLITEKNIK UNGKU OMAR
12 August 2024
EDISI 9

POLITEKNIK Ungku Omar (PUO) merekodkan pengambilan pelajar yang membanggakan bagi sesi pertama bagi tahun 2024/2025, melebihi sasaran yang ditetapkan.

Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,765 pelajar, PUO mencatatkan jumlah pelajar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) tertinggi di antara semua politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara tahun ini.

Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 1,629 merupakan pelajar daripada 17 program diploma, 123 pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan dan 13 orang pelajar Program Sijil Kemahiran Pembinaan yang dikhususkan untuk pelajar kelainan upaya.

“Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh PUO, tetapi juga komitmen institusi ini dalam menyokong agenda pendidikan negara dan meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, peningkatan jumlah itu juga dibantu oleh usaha mempromosi keterlihatan institusi secara berterusan melalui pelbagai platform sama ada secara bersemuka, media konvensional atau secara digital.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti