PUO susul bantuan untuk Muhammad Izzat

POLITEKNIK UNGKU OMAR
31 July 2024
Akademik

Ipoh, 28 Julai 2024 – Susulan kisah Muhammad Izzat bin Abdul Rahman yang tular di media sosial, Politeknik Ungku Omar (PUO) telah mengambil inisiatif pantas untuk membantu pelajar berkenaan.

Muhammad Izzat telah berjaya mendaftar sekitar jam 3.00 petang tadi di PUO. Izzat merupakan pelajar bagi Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

PUO melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat telah menghubungi dan berjumpa dengan pelajar berkenaan dan memaklumkan bahawa PUO akan sentiasa bersedia membantu dirinya dengan bantuan yang difikirkan bersesuaian seperti dari segi khidmat biasiswa, bantuan pendidikan dan lain-lain.

Adalah menjadi komitmen PUO untuk memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara dan mereka mendapat sokongan yang diperlukan bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.

PUO komited dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta sokongan moral dan material kepada pelajar bagi memastikan mereka mampu mencapai potensi penuh masing-masing.

Terima kasih juga rakyat Malaysia yang prihatin dengan kebajikan pelajar yang memerlukan.

Selamat datang adik Muhammad Izzat bin Abdul Rahman ke Politeknik Ungku Omar.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti