Puspanita PTSB Prihatin Isu Penderaan Seksual Kanak-Kanak

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
19 November 2024
Komuniti, Umum

KULIM– Kesedaran terhadap isu penderaan seksual kanak-kanak menjadi fokus utama dalam Seminar Penderaan Seksual Kanak-Kanak anjuran Puspanita PTSB dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Program ini diadakan secara atas talian dan disertai oleh 43 peserta termasuk wakil Puspanita PPD Kulim dan Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW).

Seminar ini menampilkan Cik Salma Farhanah A. Rasid, Penyelaras Perkhidmatan PPW sebagai penceramah utama. Beliau menyentuh pelbagai isu kritikal termasuk tanda-tanda penderaan dan peranan masyarakat dalam membantu mangsa. Program ini turut menyeru ahli Puspanita untuk lebih prihatin dan aktif dalam menyokong kanak-kanak yang terkesan.

Dengan usaha sebegini, Puspanita PTSB terus menunjukkan komitmen mereka dalam melindungi golongan rentan.

Diharapkan seminar ini dapat membuka mata ramai dan mencetuskan lebih banyak tindakan positif dalam membanteras penderaan seksual kanak-kanak.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti