Rekaan Pasangan Kembar Juara Young Modest Fashion Designers Fest V2 2024.

KOLEJ KOMUNITI GERIK
18 December 2024
Aktiviti Pelajar, Uncategorized

Gerik : Pasangan Kembar seiras dari Program Sijil Fesyen dan Pakaian KGP telah menjuari Pertandingan dan Pertunjukkan Fesyen – Young Modest Fashion Designers Fest V2 peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai (PSP). Pertandingan ini adalah anjuran Kolej Komuniti Bukit Mertajam dengan kerjasama Puspanita cawangan kecil Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini bertemakan “The Rise of Romanticism” dengan membawakan 17 pereka muda dan 17 rekaan dari pelajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC).

Pasangan kembar yang ditemui iaitu Saudara Muhamad Syazani Bin Mohd Nasir dan Muhamad Syazwan Bin Mohd Nasir, kedua-dua berusia 19 tahun berasal daripada Balik Pulau, Pulau Pinang. Perjalan mereka menyambung pengajian Program Sijil Fesyen dan Pakaian setelah tamat SPM 2022 memohon masuk ke KKGP melalui UPU Online. Mereka menyatakan bahawa hasil rekaan mereka bernama “ROCFFLEs GOWN” yang menggabungkan perkataan Rococo dan Ruffles berinspirasikan daripada Ladies of Rococo : Beyond the Ruffles dari era 18 century, telah menghasilkan satu rekaan yang elegant dan feminisme. Rekaan ini menerapkan ciri-ciri kesopanan dan kelembutan seorang wanita.

Pemilihan warna hitam dan cream keemasan menampakkan ciri klasik dan keunggulan pada rekaan ini. Penggunaan fabrik shantung, jacquard, satin matte dan chiffon melengkapkan gaya rekaan yang dipilih. Sillhouette ball-gown, lengan puffed beropol, variasi kolar shawl di bahagian luar rekaan menampilkan kelainan bagi rekaan ini. Permainan ropol dan flair ruffles di bahagian hadapan rekaan menambahkan lagi keunikan rekaan. Malah rekaan ini ditambah dengan ciri khas iaitu ‘the turkey @ sack back style dress’ iaitu bahagian cape belakang digabungkan terus ke bahagian badan rekaan. Hiasan kepala melengkapkan gaya rekaan.

Ke-dua pasangan bercita-cita menjadi Pereka Fesyen yang terkenal serta akan menyambung pengajian ke peringkat Diploma setelah tamat pengajian nanti. Minat mereka menyambung pengajian bidang fesyen dan pakaian adalah dorongn keluarga serta untuk meramaikan jumlah pereka fesyen kaum lelaki. Mereka juga akan mengunakan platform bidang rekaan fesyen dan pakaian untuk memartabatkan budaya kreatif orang melayu di mata dunia berlandaskan ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan.

Penyertaan kami dipertandingan ini untuk mengasah bakat dalam menghasilkan rekaan kreatif disamping menerapkan ilmu pengetahuan, melahirkan idea-idea baru, dan meningkatkan keyakinan diri dalam dunia fesyen secara tidak langsung ia dapat memperkasakan program pendidikan yang disediakan oleh institusi TVET negara seiring dengan keperluan semasa industry, tambahnya lagi.

Johan pertandingan telah membawa pulang Plak, Sijil Penyertaan dan Wang Tunai RM500.00. Hadiah pertandingan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (KPPK), YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail. Hadir sama adalah YBhg. Datin Rusiah binti Saad selaku Pengerusi Puspanita cawangan kecil JPPKK, YBhg. Dato’ Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Rakan Kolaborasi Industri serta Pengarah-Pengarah POLYCC Zon Pulau Pinang dan Kedah.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti