PUTRAJAYA, 2 JUN 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada hari ini telah melancarkan Sambutan Hari TVET POLYCC 2023 dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya” yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di sini pada hari ini.
YBrs. Dr. Haji Zahari dalam ucaptamanya berkata beliau amat menyokong inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di peringkat jabatan mahupun institusi dalam memperkasa agenda TVET nasional kerana dalam melahirkan graduan berkemahiran dan berpengetahuan tinggi, warga POLYCC perlu berganding bahu untuk menjadikan TVET di Malaysia berpotensi untuk menjana peluang pekerjaan di samping mempraktiskan amalan industri.
‘Kita harus peka bahawa TVET ditubuhkan untuk memenuhi permintaan industri dan menggalakkan pembangunan ekonomi selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, pembangunan dalam teknologi dan mobiliti global tenaga kerja’, katanya lagi.
Pada program ini, seramai lapan (8) orang pensyarah dan pegawai serta 11 orang pelajar dari POLYCC telah mendapat Anugerah TVET Negara peringkat JPPKK 2023. Berikut merupakan senarai penerima anugerah tersebut:
Kategori Pensyarah / Pegawai
Kategori Pelajar
Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan yang menanggung kerja sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Governan), YBrs. Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), Pengarah-pengarah Bahagian, pengarah-pengarah POLYCC serta warga JPPKK.