SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KE POLITEKNIK UNGKU OMAR

POLITEKNIK UNGKU OMAR
22 July 2024
Akademik

Ipoh, 22 Julai 2024 (Isnin) – Seramai 122 orang pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan atau Asasi TVET Sesi 2024/2025 telah mendaftar hari ini di Politeknik Ungku Omar. Sesi pendaftaran pelajar baharu telah diadakan di Kolej Kediaman lama berhadapan PUO sekitar jam 8:00 hingga 11:30 pagi.

Turut hadir Dr. Shamsuri Abdullah, Pengarah PUO diiringi Encik Norman Zamri, Timbalan Pengarah Akademik; Encik Amirrudin Samsudin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik; Ketua Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Encik Ahmad Rakimi Mohamad; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Fakrul Mohamad Razi serta Encik Budi Alfahmi Mohd Zaid bagi bersama melihat keadaan dan situasi sepanjang sesi pendaftaran pelajar baharu Asasi Teknologi Kejuruteraan pada kali ini.

Dr. Shamsuri Abdullah dalam taklimatnya turut mengucapkan tahniah kepada pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian di PUO dan mendoakan kejayaan setiap pelajar dalam mencapai kejayaan yang diimpikan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti