Simulasi Pilihan Raya di KKSJ

KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
01 September 2024
Aktiviti Pelajar

PERMATANG PAUH, 14 OGOS 2024 – Seramai 136 pelajar Kolej Komuniti Seberang Jaya dari pelbagai program didedahkan dengan simulasi pilihan raya daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, di sini hari ini.

Program anjuran Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang ini memberi pendedahan awal kepada pelajar kolej serta pemahaman mengenai demokrasi dan proses pilihan raya. Pendidikan mengenai demokrasi dan pilihan raya perlu didedahkan kepada para pelajar sejak awal supaya mereka lebih bersedia dan memahami proses tersebut.

Program ini melibatkan Kerjasama rakan strategik daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri dengan memberi taklimat berkaitan Pendidikan pengundi yang disampaikan oleh Encik Muhammad Taqiyuddin bin Mohd Sukri dan demonstrasi pengundian oleh Puan Fatin Nadia binti Che Daud.

Dalam program ini, pelajar-pelajar ini didedahkan dengan proses mengundi bermula daripada semakan nama, menanda jari dengan pewarna, menanda kertas undi dan membuang undi dalam kotak yang disediakan. Selain itu, turut diterangkan tatacara peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh mengundi juga turut didedahkan agar pelajar-pelajar ini dapat memahami proses sebenar pilihan raya.  Selain daripada taklimat, pihak SPR turut melakukan aktiviti pengundian sebenar mengikut langkah-langkah yang ditetapkan oleh SPR. Pelajar-pelajar kolej berpeluang merasai keadaan sebenar pilihan raya.

Sementara itu, Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya Ts Hj Husaini Aza bin Mohd Adam, berkata pendekatan ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam menyediakan modal insan negara kerana golongan pelajar ini adalah generasi pelapis yang bakal memimpin dan membangunkan negara pada masa akan datang.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti