Arau, 31 Ogos 2024 – 20 orang pelajar KKA menerima sumbangan wakalah zakat Korporat SSM Negeri Perlis baru-baru ini.
Pengarah KKA, Rosnizam Kamis amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pengurus Cawangan SSM Negeri Perlis, Ahmad Nizam Samsoo atas kesudian mengagihkan wang zakat berjumlah RM10 ribu kepada 20 orang pelajar yang memerlukan.
Menurut Pengurus Cawangan SSM Negeri Perlis, SSM tidak hanya memfokuskan kepada hal-hal pentadbiran dan operasi semata-mata sebaliknya SSM turut menitikberatkan hal-hal yang berkaitan kebajikan. “Kami berharap dengan penyerahan wang zakat ini, ianya dapat membantu pelajar yang memerlukan serta memudahkan urusan harian dan proses pembelajaran mereka,” katanya.
Penyerahan Wakalah Zakat Korporat SSM ini disaksikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Mohd Azha Ismail, Pegawai Pembangunan Pelajar, Mohd Hairi Fifi Mansor dan Pegawai Penerangan, Nur Iwani Yazid.
Pada pertemuan tersebut turut membincangkan program bersesuaian yang boleh dianjurkan antara kedua-dua pihak. Terima kasih SSM yang sentiasa prihatin dan membantu golongan kurang berkemampuan. Semoga bantuan yang diagihkan dapat memberi motivasi dan semangat kepada pelajar supaya menjadi insan berilmu pada masa hadapan.