Sukan Muhibbah erat hubungan KKTS dan alumni

KOLEJ KOMUNITI TAWAU
07 March 2024
Alumni, Sukan

18 Februari 2024, Tawau – Kolej Komuniti Tawau, Sabah (KKTS) telah menganjurkan Sukan Muhibbah bersama Alumni KKTS. Program ini turut disertai oleh pelajar dan kakitangan KKTS.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Lo Su Fui selaku Ahli Parlimen P.190 Tawau. Dalam ucapannya beliau menasihati para belia untuk menggunakan teknologi seperti dron dan telefon pintar untuk tujuan penyuntingan video dan permainan dalam talian sebagai salah satu medium menjana pendapatan bukan hanya untuk hiburan semata-mata.

Penganjuran sukan kali ini menghimpunkan 10 pasukan yang akan bertanding dalam Pertandingan Futsal dengan penglibatan gabungan alumni, pelajar dan kakitangan KKTS. Seramai 90 orang telah menyertai pertandingan ini di mana peserta tertua berumur 45 tahun dan peserta paling muda berumur 18 tahun .

Program ini merupakan kerjasama antara Kolej Komuniti Tawau dengan Persatuan Alumni KKTS yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi melahirkan warga KKTS yang cergas dan aktif. Selain itu, aktiviti ini dapat mengeratkan ukhwah silaturrahim di kalangan warga dan alumni KKTS.

Johan pertandingan ini akan membawa pulang hadiah berupa hamper bernilai RM200. Manakala, pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang hamper bernilai  RM150 dan RM100.

Turut hadir, Ts. Md Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat, Pengarah KKTS , Encik Darent Hamieleikh Joramlen selaku Pengerusi Alumni KKTS serta Encik Fadli bin Bacho, Timbalan Pengarah Pengurusan, KKTS.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti