TVET jadi pilihan utama pelajar lepasan SPM

KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
07 March 2024
Komuniti

20 Januari 2024, Sebarang Jaya – Seramai 150 orang pelajar sekolah menengah telah meyertai Program Penambahbaikan Akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) hari ini di Kolej Komuniti Seberang Jaya yang dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Masyarakat Uyervom.

Program ini diadakan untuk memberikan maklumat awal mengenai peluang melanjutkan pengajian di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET). Pelajar-pelajar turut didedahkan dengan informasi terkini mengenai permohonan UPU Online UA/ IPTA/Politeknik/ILKA.

Para pelajar turut diberi penekanan mengenai aliran TVET yang mempunyai mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang, yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan lebih baik untuk masa hadapan.

Selain itu, para pelajar menyertai kursus pendek yang diajar oleh pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Seberang Jaya. Antara kursus yang dihadiri oleh para pelajar adalah Kursus Pendawaian Elektrik, Kursus Penamatan Kabel UTP dan Kursus Pemasangan Komputer. Rata-rata yang menyertai kursus ini adalah pelajar-pelajar sekolah menengah dari SMK St Mark, SMK Permai Indah dan SMK Bandar Tasek Mutiara.

Pelajar-pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti atau Politeknik kelak. Salah seorang pelajar Neetheyaa A/P Nadarajan dari SMK Bandar Tasek Mutiara, ketika ditemui berkata beliau pada mulanya berhasrat tidak lagi mahu menyambung pengajian selepas tamat tingkatan lima. Namun, setelah mengikuti program beliau merasakan dirinya mampu sambung belajar di Kolej Komuniti atau Politeknik.

Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Uyervom Encik Marriappen Gopalakrishnan berkata aliran TVET ini merupakan salah satu aliran yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar di sini, sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran setelah tamat persekolahan kelak.

Pengarah Kolej Komuniti Ts Hj Husaini Aza bin Mohd Adam mengatakan bahawa program sebegini bukan sahaja mampu menarik minat para pelajar ke arah bidang TVET, ia juga turut bantu mempromosikan Kolej Komuniti dan Politeknik kepada para pelajar.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti