226 peserta sertai MPIOC 2023

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
11 July 2023
Sukan

14 Mei 2023, Kuantan – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Tourism Pahang telah menganjurkan Malaysian POLYCC International Orienteering Championship (MPIOC 2023) yang berlangsung sejak semalam, bertempat di Majlis Sukan Pahang (MSP), Kuantan.

Kejohanan ini diiktiraf oleh International Orienteering Federation (IOF), Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM) dan Akademi Orienteering Malaysia (AKOM). Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu World Ranking Event (WRE) yang berlangsung pada 13 Mei 2023 dan National Ranking Event (NRE) pada 14 Mei 2023. Penganjuran MPIOC 2023 pada tahun ini merupakan penganjuran buat kali ketiga selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2018 dan kali kedua pada tahun 2019.

Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk memupuk minat dan melahirkan para pensyarah dan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam sukan ini sehingga mampu bersaing di kejohanan-kejohanan orienteering peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Kejohanan ini juga adalah selaras dengan objektif Dasar Sukan IPT yang mensasarkan sebanyak 30% atlet yang mewakili negara adalah atlet daripada pelajar IPT.

Kejohanan kali ini melibatkan 226 peserta dari Malaysia dan negara luar antaranya Indonesia, Jepun, Switzerland, Chinese Taipei dan SAR Hongkong. Penyertaan  bagi kategori sekolah juga dibuka sebagai pendedahan awal sukan Orienteering kepada para pelajar.

Majlis Penyampaian Hadiah bagi kategori WRE telah disempurnakan oleh Pengarah POLISAS, Hajah Norehan Silek dan wakil Pengurus Besar Tourism Pahang iaitu Nalini Letchumanon.

Majlis Pengurniaan Hadiah MPIOC 2023 bagi kategori NRE pula disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Indera Zulkifli Yaacob, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Dato’ Hamdan Hussin, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, Pengarah POLISAS,Hajah Norehan Silek serta Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komunti Zon Timur.

/*! elementor - v3.14.0 - 26-06-2023 */
.elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=".svg"]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti