35 penduduk terima sumbangan menerusi Program Kasih Syawal

POLITEKNIK KOTA KINABALU
11 July 2023
BERITA, Komuniti

20 Mei 2023, Kota Kinabalu – Seramai 35 penduduk Kampung Laya-Laya menerima sumbangan menerima menerusi pelaksanaan Program Kasih Syawal anjuran Pusat Islam dan Puspanita, Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Program yang dirangka bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan ini merupakan program lanjutan daripada Program Kasih Ramadan yang diadakan saban tahun pada bulan Ramadan di PKK bagi menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada warga PKK yang kurang berkemampuan.

Sebelum ini, seramai 259 asnaf yang terdiri daripada pekerja pembersihan dan lanskap, pengawal keselamatan, staf pentadbiran pemandu, pelajar yang kurang berkemampuan pelajar mualaf serta orang kampung sekitar telah menerima bantuan bakul makanan dan duit raya.

Jumlah sumbangan yang telah berjaya dikumpul bagi kedua-dua program ini adalah RM15,000.00.

Timbalan Pengarah Akademik PKK, Abdul Razak berharap, agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan bagi memberi ruang dan peluang kepada penyumbang dan penerima bersama-sama merasai nikmat berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan bersama, khususnya Program Kasih Syawal ini.

Pengerusi Masjid At-Taqwa Kampung Laya-Laya, Darasik Muyong berkata program ini memberi manfaat kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan asas mereka.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti