4 Kualiti bantu pelajar cemerlang

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
27 November 2023
RENCANA

Akhlak Nabi Muhammad SAW seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah perlu digunakan dalam setiap aspek kehidupan terutama pendidikan bagi meningkatkan fokus serta membantu pelajar untuk belajar dan berjaya.

Pendidikan bukan hanya untuk mencerna fakta dan angka tetapi turut membentuk watak serta mengembangkan sifat positif yang akan membimbing pelajar menuju kejayaan.

Dalam usaha untuk menjadi pelajar cemerlang, empat kualiti yang dapat dijadikan asas kukuh dalam membimbing perjalanan pendidikan pelajar.

Salah satu kunci kejayaan dalam pendidikan adalah ketekunan yang tidak kenal lelah. Pelajar cemerlang bukan sahaja memberi tumpuan kepada hasil akhir, tetapi menikmati proses pembelajaran. Mereka bersedia menghadapi cabaran dan mengatasi rintangan dengan tekad yang tinggi.

Ketekunan membantu mereka berpegang pada matlamat mereka walaupun terdapat halangan, menyediakan asas yang kukuh untuk pertumbuhan peribadi dan pencapaian akademik.

Disiplin adalah asas penting untuk kejayaan pelajar. Pelajar cemerlang mempunyai rutin biasa, dari jadual belajar hingga tabiat tidur yang sihat. Mereka menghormati masa mereka sendiri dan masa orang lain, memahami bahawa pencapaian hebat memerlukan komitmen jangka panjang.

Dengan disiplin yang konsisten, pelajar cemerlang dapat mengekalkan keseimbangan antara tugas akademik, kehidupan sosial dan masa rehat.

Pelajar yang cemerlang mempunyai rutin belajar yang sistematik. Mereka membuat jadual harian atau mingguan yang memberi perhatian khusus kepada masa yang digunakan untuk belajar. Ini membantu mereka merancang waktu dengan bijak untuk setiap subjek, mengelakkan tekanan kerja dan memastikan mereka memahami topik dengan mendalam.

Penulis:

Dr.Nurul Ihsaniah Omar
Pensyarah
Politeknik Seberang Perai

Artikel ini telah diterbitkan di Sinar Bestari : https://sinarbestari.sinarharian.com.my/my-ipt/karya-kampus/4-kualiti-bantu-pelajar-cemerlang

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti