3 Julai , Merlimau : Antara detik-detik yang sempat dirakam dari lensa kamera kami sepanjang sesi pendaftaran pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan bagi kemasukan Sesi 1 2024/2025.
PMM menawarkan 100 kekosongan penempatan, manakala 124 orang pelajar dijangka mendaftar masuk ke PMM sebagai pelajar baharu bagi program Asasi Teknologi Kejuruteraan pagi ini.
Bukan itu sahaja, PMM dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa dan keluarga yang turut menghantar anak mereka bagi urusan pendaftaran, selain membantu mengangkat beg pakaian dan barang keperluan anak mereka yang akan tinggal di asrama (kamsis) sebelum bermulanya Minggu Haluan Siswa (MHS).
Kesungguhan melihat anak-anak mereka meneruskan pengajian ke peringkat Asasi ini jelas terpancar di setiap riak wajah ibu bapa. Malah, kesemua ibu bapa menyimpan harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang.
Sesi taklimat bersama ibu bapa juga turut diadakan dimana para ibu bapa berpeluang bertanya soalan kepada pihak pengurusan berkenaan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan.
Turut hadir dalam taklimat tersebut Ts. Tn Hj. Muhammad Rumzi Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pengarah beserta Ketua ketua Jabatan akademik PMM.
Pengarah PMM, Left. Kolonel Norizam bin Sekak mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja PMM yang terlibat serta tahniah buat semua pelajar yang telah datang mendaftar.