PENGARAH PUO SERTAI MESYUARAT SURUHANJAYA BERSAMA MALAYSIA DAN PERSEKUTUAN RUSSIA MENGENAI EKONOMI, SAINTIFIK, TEKNIKAL DAN BUDAYA

POLITEKNIK UNGKU OMAR
15 October 2024
Umum

Rusia, 11 Oktober 2024 – Pada 7 hingga 11 Oktober 2024, Dr Shamsuri Abdullah, Pengarah PUO telah mengikuti delegasi Malaysia ke Mesyuarat Suruhanjaya bersama Malaysia dan Persekutuan Russia mengenai Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Budaya.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama dua-hala dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, teknologi, kewangan dan pertanian.

Di kesempatan itu beliau juga turut berpeluang mengikuti delegasi melawat beberapa buah universiti seperti St. Petersburg State University, St. Petersburg State Electrotechnical University (LETI), St. Petersburg State of University of Higher Economics (HSE) dan St. Petersburg University of Management Technologies and Economics (UTME).

Hasil daripada lawatan dan engagement dengan Universiti dan industri, beberapa projek kolaborasi telah dikenal pasti seperti Winter/Summer program di LETI; Latihan Cybersecurity oleh Rostelecom, Solar Company; jemputan menerbitkan makalah dalam journal antarabangsa, projek pelajar antarabangsa merentasi institusi dan mobiliti pelajar di UMTE.

Diharap kunjungan ke Russia ini meneroka peluang baharu pengantarabangsaan untuk memperkasa pelajar yang berfikiran global, bertindak lokal.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti